Just Click

iFollowers

ichat

Kami Blooger!!


Klik sini untuk masuk Blog-Gempaq

Categories

iview

Facebook Badge

Blog Widget by LinkWithin

Get more Islamic Comments
Get more Islamic Comments


Memang menjadi kewajipan bagi kita umat islam untuk menunaikan sembahyang 5 waktu,
Jika berpuasa Amalan kita dihantar terus kepadaNya.....namun perlu kita ingat bahawa....

Jika bersembahyang Ada posto pulak untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya…..
Setiap dari kita ada malaikat yang menjaga tindak tanduk kita..Malaikat yang menghantar amalan sembahyang kita kepada Allah s.w.t. Untuk menyampaikan amalan yang kita buat , Ia perlu melalui "tol-tol" di setiap lapisan langit, dimana setiap penjaga tol adalah Kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" , tak payah pakai touch n Go atau Smart Tag. Sekatan tol tiada, tiada "jem" malahan Malaikat akan terus menyampaikan amalan yang kita buat pada Allah untuk dinilaikan

Tapi......

Jika sembahyang kita di akhir waktu Tolnya juga free, Tapi sekatannya MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita kenapa lewat poskan
amalan kita?? Why??
Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan Tetapi… penjaga
langit pertama Tidak endah dengan rayuan itu malahan Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi, Maka.. Jatuh berderai lah ia…

Namun dikutip semula oleh Malaikat iaitu "posmen" kita satu persatu  sambil terus
merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, samalah juga, sekali lagi penjaga tol memarahi posmen kita kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi posmen kita tadi. Namun  Tak dipedulinya dan
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita dan dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita
pada Tuhan. Dilangit ketiga, La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita, "Kenapa lewat
hantar amalan tersebut?" Tiada kompromi diberikan lalu terus dibaling amalan kita Jatuh berderai dan amalan kita tak ade nilainya lagi….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi...

Maka..

Tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olahnya seperti kita tidak menunaikan sembahyang Maka… Bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat

Ish-ish….

So??Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai. Dahlah tu Tak de nilai pilak tu?
Kena azab lagi nanti

Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Jadikanlah hati kami
sentiasa menjaga sembahyang kami di awal waktu
wujudkanlah kerisauan di hati kami selagi kami tak segerakan perintahMu,
Biarlah kami susah di dunia
Agar kami tidak susah lagi
Di hari akhirat kelak.

Amin. Renung-renungkan dan selamat beramal....

1 comments

  1. noor haNISAh  

    nisa like this post

Post a Comment

CO'arts | Official Logo

Yahoo!!

iCo'arts

iCo'arts