Just Click

iFollowers

ichat

Kami Blooger!!


Klik sini untuk masuk Blog-Gempaq

Categories

iview

Facebook Badge

Archives

Blog Widget by LinkWithin

Walaupun tajuk tak der kena mengana ngan post tapi wa dan kwn2 lain Isnin ni dah start tuk buat program khidmat siswa di PDK SRI JELOk.Nak kena bagi ucapan plak. Di harap wa tak tergeliat lidah atau pengsan apabila membaca teks tersebut. amin






" Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana di atas limpah kurnianNya, saya dapat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan dan seluruh warga PDK Seri Jelok pada pagi ini . Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PDK sri Jelok kerana bersama-sama bergabung tenaga mmenjayakan program Khidmat siswa ini, sesunguhnya dedikasi serta semangat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat membuktikan bahawa kita semua peka dan mengambil berat tentang golongan kurang upaya yang sentiasa memerlukan kerperihtinan dalam masyarakat kini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati  sekalian,
Sesungguhnya anak-anak warga PDk seri Jelok ini amat bertuah kerana ramai masyarakat kita prihatin terhadap mereka,,jika dibandingkan dengan Negara-negara lainnya, taraf kehidupan golongan kurang upaya kita ini  jauh lebih baik deripada mereka selain daripada perseorangan yang membantu golongan ini kita juga mempunyai kumpulan masyarakat yang berusaha mewujudkan rumah ataupun pertubuhan seperti  ini yang wujud hampir di semua negeri dan daerah. Semangat ini menjurus kepada “carring society” suatu konsep atau wadah kearah mengujudkan masyrakat yang sejahtera dan penyayang. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini tidak cukup dengan cara kita menghadiri konvensyen  malah ia harus ditunaikan dengan penuh minat, komitmen yang tinggi dan yang paling penting sekali ialah kujujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab kita.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Manifestasi terhadap insan  ini temasuk melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan bersabar dengan segala kerenah mereka. Agama kita menyarankan agar kita berbuat baik dengan menghormatinya walaupun mereka bukan dari keluarga atau kaum kerabat kita sendiri.Dengan menghormati dan mengenalkan prinsip hidup ini, saya yakin golongan kurang upaya akan sentiasa terpelihara dan kesejahteraan mereka akan terjamin
Program yang kami jalankan ini akan membentangkan kertas kerja dengan memberi penumpuan kepada tajuk-tajuk yang penting meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pmbangunan potensi warga pelajar PDk seri Jelok ini. Dan saya percaya pengetahuan yang akan saya dan rakan-rakan  yang lain perolehi amat berguna sebagai langkah persediaan untuk membangunkan satu kumpulan masyarakat yang utuh dan sihat.
Akhir kata  saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kepada jawatankuasa PDK sri Jelok kerana bersama-bersama kami berganding bahu melaksanakan Program Khidmat siswa ini.
Sekian terima kasih.

"
 







Image Hosted by ImageShack.us








2 comments

  1. joegrimjow  

    top notch

  2. kimisai  

    spontan dah la beb...!!1

Post a Comment

CO'arts | Official Logo

Yahoo!!

iCo'arts

iCo'arts